Monday, July 16, 2018

Pelajar Maut Jatuh Tingkat 4 Kerana Gantung ‘Hammock’?


SEORANG penuntut lelaki jurusan Sains Univeriti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Selangor maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 11.32 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun bersama rakannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama terbabit.

“Menurut keterangan rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit sambil duduk di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan.

“Bagaimanapun, mangsa tergelincir daripada besi itu sebelum terjatuh dari ketinggian tingkat empat bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.


Abdul Aziz berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Manakala melalui laman twitter, dato munir telah memuat naik mengenai “Hammock”





EmoticonEmoticon