Tuesday, July 3, 2018

Najib Fitnah Zeti, Kata Guan Eng


KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong apabila mendakwa bahawa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri  Zeti Akhtar Aziz tahu mengenai wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum PRU 2013.

Guan Eng berkata, bekas gabenor itu menyatakan kekecewaannya berkaitan dakwaan Najib semalam ketika beliau bertemu dengan Zeti di majlis rumah terbuka kementeriannya.

“Saya ada memberi pandangan kepada Tan Sri Zeti, supaya mengambil tindakan sewajarnya jika benar dakwaan itu palsu dan merupakan fitnah.


“Saya cadangkan supaya beliau berbincang dengan peguamnya dan mengambil tindakan lanjut bagi membuktikan dakwaan tersebut,” kepada pemberita selepas menghadiri jamuan hari raya anjuran jabatan Kastam di sini hari ini.

Menjawab soalan pemberita mengenai pendirian beliau, Guan Eng berkata beliau percaya kepada Zeti yang ternyata tidak mempunyai sebab untuk diragui.

Saya yakin dengan kredibiliti dan integriti Tan Sri Zeti. Jika dibandingkan, siapa yang anda percaya? Siapa yang ada RM2.6 million di dalam akaun. Sudah tentu saya percaya kepada Zeti,” katanya.


EmoticonEmoticon