Tuesday, July 3, 2018

Letak Jawatan Serta-merta, Izwan Azir Kini Dilantik Jadi Setiausaha Akhbar Menteri Baru


Malam tadi, penyampai berita terkenal Izwan Azir Saleh telah mengejutkan orang ramai terutama bagi penonton setia Buletin Utama apabila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Keputusan tersebut dibuat setelah 16 tahun berkhidmat untuk stesen televisyen swasta, TV3 yang pasti meninggalkan memori dan kenangan bagi warga bilik berita Media Prima Berhad.

Namun ternyata Izwan bukan meninggalkan kerjaya bidang penyiaran begitu sahaja, malah sebaliknya telah dilantik menjadi setiausaha akhbar kepada salah seorang ahli kabinet yang baru mengangkat sumpah.

2 Julai 2018 Yang bermula, pasti akan berakhir. Setelah 16 tahun, malam ini saya menutup kemas perjalanan panjang di TV3 untuk menerokai dunia yang luas diluar sana. Sri Pentas yang saya sudah anggap sebagai ‘rumah kedua’ kini saya tinggalkan dengan 1001 kenangan penuh suka duka. Saya tidak membawa apapun dari sana kecuali rasa puas hati kerana telah berpeluang merasai setiap sudut dalam dunia penyiaran selama tempoh itu. Dan saya bawa pulang hubungan persaudaraan & persahabatan dengan semua warga TV3, Media Prima dan itu akan kekal untuk selama-lamanya. Terima kasih kepada anda yang telah menonton saya sejak 2002. Terlalu banyak nama jika saya harus mengucapkan penghargaan satu persatu tetapi tanpa sokongan semua, siapalah saya. Saya percaya apabila kita menutup satu pintu dengan baik, Allah akan buka seribu lagi pintu buat kita. Terima kasih Malaysia, saya Izwan Azir Saleh, sehingga dilain ketika, Assalamualaikum dan Selamat Malam 💖 #izwanazirsalehresign #itsnottheend #newbeginning #terimakasih
A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on


Perkara itu dikongsikan oleh rakan penyampainya, Mior Abdul Malek Raiyani menerusi posting penghargaan atas perletakan jawatan tersebut.



“Setelah 16 tahun esok beliau tidak lagi bersama kami kerana telah mendapat kepercayaan berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada seorang Menteri yang baru mengangkat sumpah pagi tadi,” katanya
Selain itu rakan sekerjanya yang lain, Amanda Lopez turut mendedahkan gerangan menteri berkenaan dimana Izwan akan bekerja sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking.

“We’ll for sure miss his persona in the newsroom, his wit, humility, and ever willing to share information including letting us know the good news,

“as soon as he secured the position as Press Secretary to the newly minted Minister of International Trade & Industry, Ignatius Dorell Leiking last week,” ujarnya.

SUMBER: OHMYMEDIA


EmoticonEmoticon