Tuesday, July 3, 2018

Lelaki Berkahwin Budak Perempuan 11 Tahun Berdepan Tindakan Undang-undang


GUA MUSANG - Lelaki berumur 41 tahun yang berkahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, selatan Thailand pada 18 Jun lepas, sedia berdepan dengan tindakan undang-undang.

Che Mohd. Karim Che Hamid berkata, beliau sudah memberi kerjasama penuh kepada semua pihak yang menjalankan siasatan berhubung pernikahannya itu dan sedia menerima hukuman jika bersalah.

Bagaimanapun, beliau tetap tidak akan berpisah dengan isterinya itu dan bersedia menunggu lima tahun lagi sehingga isterinya mencapai umur 16 tahun untuk tinggal bersama dalam sebuah keluarga, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Panggong Lalat di sini, hari ini.


Akhbar hari ini melaporkan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan Zaini Sulaiman berkata, peraih getah berkenaan boleh didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan tidak mendapat kebenaran isteri untuk berpoligami.

"Saya rasa tidak bersalah kerana saya nikah juga diwakil wali bapa budak perempuan itu dan nikah gantung sehingga lima tahun lagi sebelum boleh tinggal bersama," kata Che Mohd Karim. - Bernama


EmoticonEmoticon