Thursday, June 21, 2018

Kanada Benar Pengambilan Ganja


SENAT Kanada mengundi untuk meluluskan penggunaan ganja semalam, sekaligus semakin hampir dalam menjadikannya sebagai negara pertama dari kelompok G7 yang membenarkan penggunaan serta pengeluaran dadah itu.

Sehari sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan 205 undi yang kini hanya menunggu untuk menerima kelulusan Diraja dari ketua gabenor sebelum undang-undang berkenaan berkuatkuasa menjelang September.

Senat yang hanya boleh menangguhkan tetapi tidak boleh menyekat undang-undang itu meluluskannya dengan kiraan undi 52-29.

Langkah terbabit mengakhiri larangan ke atas ganja yang dikuatkuasa di Kanada sejak 1923.

Penggunaan bahan itu bagaimanapun sejak dua dekad lalu dibenarkan tetapi hanya terhad dari sudut perubatan.

Janji untuk membenarkan pengambilan ganja dibuat pada 2015 menerusi kempen Perdana Menteri Justin Trudeau yang sering dilihat menghisap bahan itu bersama rakan-rakannya, lima atau enam kali seminggu termasuk sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Uruguay membenarkan pengambilan ganja secara ringan sejak lima tahun lalu manakala sembilan negeri di Amerika Syarikat termasuk Washington turut mengambil pendekatan serupa namun Kanada bakal tampil sebagai negara pertama dari kelompok G7 yang berbuat demikian.


EmoticonEmoticon