Friday, June 22, 2018

Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Jong-pil Meninggal Dunia


SEOUL: Bekas Perdana Menteri Korea Selatan, yang juga bekas pengasas agensi perisikan negara itu, Kim Jong-pil meninggal dunia di sini, dilaporkan akibat sebab semula jadi pada usia 92 tahun.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Korea Selatan dari 1971 hingga 1975 dan memegang jawatan yang sama dari 1998 hingga 2000.

Jong-pil yang pernah dikenali sebagai tokoh utama dalam politik konservatif di Korea Selatan beserta bekas Presiden Kim Young-sam dan Kim Dae-jung dianggap antara ahli politik paling berpengaruh di negara itu, iaitu pada sekitar 1980-an serta 1990-an.

Era itu turut dikenali sebagai zaman 'tiga Kim'.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilarang daripada menyertai politik mulai 1980 hingga 1987 ketika diktator yang kemudiannya ketua tentera Chun Doo-hwan mengambil alih kuasa pentadbiran negara. - AFP


EmoticonEmoticon