Saturday, June 16, 2018

6 Pegawai Polis Dibunuh Di Mexico Tengah


AMOZOC DE MOTA: Enam pegawai polis dibunuh di Puebla, daerah yang aktif dengan kumpulan pengedar dadah, kecurian minyak dan penculikan, kata pihak berkuasa tempatan semalam.

Pegawai yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita itu adalah anggota pasukan perbandaran di Amozoc, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Mexico City.

Setiausaha Keselamatan Negara, Jesus Morales berkata pihak berkuasa menemui sebuah lori tangki dengan muatan bahan api 'haram' di lokasi jenayah di luar bandar itu. Dua suspek bersenjata ditangkap, katanya.

Puebla sering menyaksikan pertempuran antara polis dan kumpulan penjenayah yang menyasarkan kecurian bahan api dari saluran paip milik syarikat minyak negara, Pemex.

Pada Mei lalu, 119 pegawai polis di Puebla dipecat kerana disyaki bersubahat dengan pencuri bahan api.

Mexico sedang bergelut dengan gelombang jenayah ganas, menyaksikan sejumlah 25,000 orang dibunuh tahun lalu. - AFP

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon